Biografi ringkas Anton_Wilhelm_Amo

Beliau dibawa ke Amsterdam oleh Syarikat Hindia Barat Belanda sama ada sebagai hamba ataupun menemani seorang paderi Belanda. Beliau kemudiannya dibawa ke Jerman pada 1707 sebagai hadiah Augustus William and Ludwig Rudolf anak-anak Anthony Ulrich pembesar Brunswick-Wolfenbüttel[3] yang dilayan seperti ahli keluarga sendiri.

Beliau melanjutkan pengajian di sekolah perundangan Universiti Halle pada 1727, beliau menamatkan tempohnya ini dua tahun kemudian dengan tesis Dissertatio Inauguralis de Jure Maurorum in Europa ("Hujah Ulung Hak Orang Moro Eropah"). Beliau meneruskan pengajian di Universiti Wittenberg mempelajari mantik, metafizik, sejarah malah kaji alam seperti ilmu falak serta bahasa-bahasa asing selain bahasa Belanda dan Jerman yang dikuasainya. Beliau meraih kedoktorannya pada 1734 dengan tesis bahasa Latin Dissertatio inauguralis de humanae mentis [apatheia] ("Hujah Ulung Mengenai Ketiadaan Rasa Dalam Fikiran Manusia") yang mempertanyakan kemungkinan badan yang lebih mampu mencerap rasa berbanding minda.[4] Beliau diberikan gelaran profesor pada 1736.[5]

Beliau belayar kembali ke tanah airnya pada 1747.

Rujukan

WikiPedia: Anton_Wilhelm_Amo https://books.google.com/books?id=Q83RJ_qBwUcC&pg=... https://blog.apaonline.org/2018/02/08/anton-wilhel... http://www.math.buffalo.edu/mad/special/amo-anton.... https://web.archive.org/web/20050509030254/http://... https://web.archive.org/web/20130204201713/http://... https://global.oup.com/academic/product/anton-wilh... https://www.worldcat.org/oclc/1379043206 https://translate.google.com/translate?&u=https://... https://books.google.ca/books/about/Disputatio_Phi... https://archive.org/details/isbn_9781566394031